GOTCHAA.. welcome to my blog, enjoy !! *peace (Y)
BLOG-ING MOOD
Tutur katanya ceria, namun cerita hatinya tiada siapa yang mengerti :')
// ★ MISS MACHOMEL ★






Hello World! Hello Fellas ! keep your smile alwayss! n welcome to my blog, please BE NICE ...:)(Y)


Disclaimer



► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary







Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| amalina


Older Post | Newer Post
TOO BUSY !
18 September 2013 | 4:06 PTG | 0 Sweet Cupcake



"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, 


business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering 


Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut 


Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga


 penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” 



Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. 


Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara 


bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh 



ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”


Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir 

tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan 

ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-



anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi 


itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir 

itu.


“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu 


kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan 

perkara-perkara palinpenting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-

kawan dan minat anda. 

Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan 

tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, 

kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam 

hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.


“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak 


akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama 

seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil 

sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk 

anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan  


menggembirakan hidup anda. 

Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa 

pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan 

ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, 

perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan 

patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”



Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maksud kopi tu pula?”


Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, 

tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi 

bersama kawan-kawan.”


Being "too busy" for someone is the biggest excuse, you make time for the people you want in your life.