GOTCHAA.. welcome to my blog, enjoy !! *peace (Y)
BLOG-ING MOOD
Tutur katanya ceria, namun cerita hatinya tiada siapa yang mengerti :')
// ★ MISS MACHOMEL ★






Hello World! Hello Fellas ! keep your smile alwayss! n welcome to my blog, please BE NICE ...:)(Y)


Disclaimer



► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary







Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| amalina


Older Post | Newer Post
Nota Sejarah Dunia STPM pengal 1
06 Jun 2013 | 10:11 PTG | 0 Sweet Cupcake
7.3 SISTEM PEMERINTAHAN BARAJA MUTLAK DI PERANCIS

Latar belakang Perancis abad ke-17
1. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai sebuah negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol.
2. Perancis juga muncul sebagai pemimpin dalam seni halus, seni bina, drama, pakaian, kelakuan, pertuturan dan bahasa, di benua Eropah.
3. Perancis memajukan teknik-teknik baharu dalam organisasi ketenteraan, kerajaan dan kaedah diplomatik.

Dasar pemerintahan beraja mutlak Perancis di bawah Loius XIV (1643-1715)
1. Raja Loius XIV ditabalkan sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643.
2. Raja Loius XIV yang dikenali sebagai "Grand Monarch" memerintah Perancis selama 72 tahun.
3. Semasa pemerintahannya, wujud keamanan dan kemakmuran dalam negara.
4. Beliau mengukuhkan kedudukan dengan memperkenalkan sistem pentadabiran pusat yang kukuh dan teratur.
5. Selain itu, beliau terlibat secara langsung dalam pelantikan pegawai-pegawai kerajaan.
6. Raja Loius XIV berjaya mengawal pegawai-pegawai kerajaan dengan bantuan menteri-menteri.
7. Beliau mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan Huguenot, dan institusi-institusi kerajaan.
8. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Loius XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis.
9. Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Raja Loius XIV untuk mengukuhkan pemerintahannya. Antaranya ialah :
(a) Dasar Dalam Negara;
(b) Dasar Ekonomi Merkantilisme;
(c) Dasar Ketenteraan;
(d) Dasar Agama;
(e) Dasar Luar Negara;

Dasar Dalam Negara

1. Loius XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama seperti di bawah:

Majlis Negara         : Menguruskan hal ehwal luar negara
Majlis Despatches   : Menguruskan hal ehwal tempatan kecuali kewangan.
Majlis Kewangan    : Menguruskan masalah percukaian , tarif, perbelanjaan dan pendapatan.
Majlis Privy            : Menguruskan pentadbiran keadilan.

2. Loius XIV juga telah melantikmenteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir.
3. Antaranya ialah Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan), dan Vauban (Menteri Ketenteraan).
4. Louis juga menggunakan intendent, iaitu pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis.
5. Intendent ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan cukai, dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
6. Loius XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh negara Eropah, beliah harus hidup bergaya.
7. Beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain.
8. Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bentuk bangunan manakala pelukis-pelukis terkemuka diupah untuk mengindahkannya.
9. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar,
10. Golongan bangsawan Perancis bergantung hidup kepada pencen daripada raja atau kepada kerja-kerja yang diberikan gaji yang tinggi.
11. Pada zaman ini, pengikut-pengikur raja tidak mendapat pencen atau gaji melainkan mereka tinggal di istana untuk waktu yang lama.
12. Hal ini menyebabkan golongan bangsawan Perancis menghabiskan hidup mereka di istana Versailles untuk mendapat sokongan.
13. Perkhidmatan awam terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan.
14. Kerajaan Loius juga dibantu oleh Menteri Kewangannya yang berkebolehan, iaitu Jean Baptiste Colbert (1619-1683).
15. Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi negara industri dan kuasa militer.
16. Zaman Loius XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis.
17. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.

Dasar Ekonomi Merkantilisme.

1. Loius juga melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang kuat dan agung.
2. Menteri Kewangan, Loius Colbert melaksanakan dasar merkantilisme dengan bersungguh-sungguh.
3. Colbert memulakan industri baharu, memansuhkan tarif tempatan, tol, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah, dan harga kebanyakkan barangan.
4. Walaupun dasar Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan, namun perbelanjaan untuk perang bertambah dengan pesat.

Dasar Ketenteraan.

1. Loius mendapatkan bantuan Louvois, Menteri Perang untuk melakukan reformasi ketenteraan,
2. Raja sekarang mempunyai kawalan penuh ke atas angkatan tentera.
3. Louis mengahpuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakaan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
4. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit.
5. Kerajaan bertanggungjwab dalam merekrut tentera, menyediakan perumahan, dan bekalan makanan untuk mereka.
6. Loius XIV menyediakan sepasukan bala tentera yang terdiri daripada 4000 tentera.
7. Tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.

Dasar Agama.

1. Louis bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik, iaitu Huguenot ( Calvinis Perancis) untuk menerima agama Katolik,
2. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada Huguenot untuk menganut agama pilihan mereka.
3. Disamping itu, mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk memegang jawatan dalam kerajaan.
4. Edict of Nantes ditafsirkan secara sempit untuk menafikan kebebasan kepada Huguenot.
5. Pada tahun 1685, Loius XIV membatalkan Edict of Nantes.
6. Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 000 Huguenot meninggalkan Perancis dan berpindah ke England, Holand dan Amerika.
7. Tindakan Louis mendapat sokongan daripada rakyat tempatan.

Dasar Luar Negara.

1. Dasar Louis XIV adalah untuk meluaskan wilayah.
2. Semasa pemerintaha Louis XIV, wilayah kekuasaan meluas ke Subgai Rhine dengan Perancis mengusai wilayah-wilayah yang diperintah oleh Putera-putera Jerman, negara Spanish Netherlands (Belgium Moden) dan United Province (kerajaan Belanda hari ini).

sumber rujukan : Oxford Fajar Ace Ahead teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1.