GOTCHAA.. welcome to my blog, enjoy !! *peace (Y)
BLOG-ING MOOD
Tutur katanya ceria, namun cerita hatinya tiada siapa yang mengerti :')
// ★ MISS MACHOMEL ★






Hello World! Hello Fellas ! keep your smile alwayss! n welcome to my blog, please BE NICE ...:)(Y)


Disclaimer



► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary







Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| amalina


Older Post | Newer Post
Im sorry Mr. Machomel
28 Jun 2012 | 9:58 PG | 0 Sweet Cupcake







Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.
Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.
Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.
Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.
Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?
Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.
Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.
Semoga satu masa kau akan mengerti.
Syarat ta'liqku kukuh terpateri
Membawa hati yang terbeban sekian lama,
Menanggung pedih sepanjang zaman,
Kerana tiada lelaki sebaik Nabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah...

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya bayang masa silam ku yang sungguh menyucuk hatiku sebegitu lama jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan Ya Allah Yang Tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana Engkau Maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini… Ya Rabbi Ya Rahman Ya Zaljala liwal Ikram.. temukanlah aku dgn sang adam yang dia merasa bahagia walau hanya aku di hatinya walau hanya aku yang menjadi suri di hatinya..dan kami bahagia bersyukur atas segala nikmat yang Kau anugerahkan dalam hubungan kami..semoga aku bisa mnjaganya dan setia mencintainya begitu juga dia dalam apa jua keadaanya sehingga akhir hayat ku dan bersama lagi di syurga kekal abadi cinta kami.. Walau dimana dia berada dan siapa pun dia Ya Rabb..aku mohon berkahti hidupnya dan lindungi dia sehingga sampai masa aku akan bertemu dgnnya Kau berkahti dan rahmati kami.. amin..amin Ya Rabbul alamin..